Tuesday, May 14, 2013

Cara Beli Rumah Oleh Pembeli


Tempoh hari, terdapat ura-ura mengatakan bahawa Kadar Pembiayaan Rumah diturunkan ke  80%. Nasib baiklah ianya tidak menjadi kenyataan. Ini bermakna, masih ada peluang lagi pembeli untuk beli rumah sendiri. Jikalau rumah RM 100,000 pun, pening kepala juga dibuatnya semata-mata mencari duit pendahuluan 20% berjumlah RM 20,000. Itu belum lagi termasuk upah peguam(ada yang pemaju sediakan), Duti setem dan sebagainya. Jadi, makin terhimipitlah rakyat bawahan kalau ianya benar-benar dilaksanakan.
Baiklah, hari ini kami berbesar hati untuk mengulas lebih lanjut berkenaan prosedur dan cara beli rumah untuk dikongsikan bersama anda yang sudah berangan-angan mahu beli rumah. Kalau hendak diikutkan, terlalu panjang untuk  kami ulaskannya di sini. Namun begitu, melalui pengalaman kami, kami akan kongsikan sedikit sebanyak bagaimana proses pembelian rumah dilakukan. Perbincangan kita adalah kepada perjanjian jual beli dan pembelian daripada pemaju perumahan. Perjanjian jual beli di antara pemaju perumahan dan pembeli mesti menurut peruntukan Akta Pemaju Perumahan (Kawalan & Lesen) 1966. Biasanya, sebelum nak beli rumah, pastikan dulu yang kita perlu mengambil kira beberapa perkara penting. Di antaranya adalah:
a)    Kewangan
b)    Lokasi di mana rumah hendak dibeli
c)    Harga jualan rumah tersebut
d)    Keluasan, rekabentuk rumah dan keadaan persekitaran
Jadi, sebelum beli rumah, pastikan perkara-perkara penting ini sudahpun difikirkan terlebih dahulu. Ukur baju di badan sendiri. Jangan pula kerana bercita-cita besar memiliki rumah impian yang besar dan mewah, akhirnya kewangan kita juga seringkali terhimpit. Jadi, ukur kemampuan dan keadaan kewangan anda terlebih dahulu sebelum membuat pilihan. Kemudian, selepas sudah tahu berapa bajet yang anda mampu, baru boleh fikir proses cari rumah.
Perkara terpenting selepas itu adalah lokasi di mana rumah yang anda berminat untuk membelinya. Ianya terpulang pada diri masing-masing. Ada yang suka dengan suasana nyaman jauh dari kesibukan dan hiruk-pikuk bandar, dan ada pula yang suka duduk dalam kawasan yang berdekatan dengan banyak kemudahan serta perkhidmatan. Yang penting sekali, lokasinya perlulah strategik bagi diri anda. Pada kebiasaannya, pembeli rumah yang telahpun memikirkan 2 perkara di atas, akan terus mencari maklumat yang berkenaan atau terus ke syarikat pemaju hartanah untuk mengetahui tentang harga dan juga rekanbentuk rumah secara terperinci.

1 comment:

  1. Orang bergaji RM3,000 layak beli rumah pertama harga RM240,000. Katakan dalam CCRIS kau ada rekod kad kredit saja.
    RM3,000 x 40% = RM1,200
    RM1,200 x 200 = RM240,000

    ReplyDelete