Tuesday, June 19, 2012

APA KATA ANDA ???

hartanah malaysia 6 Nilai Hartanah Malaysia Semakin Naik & Tiada Property Bubble?
Nilai hartanah Malaysia terus meningkat naik. Siapa yang boleh menyangka harga flet kos rendah dijangka boleh meningkat kepada kepada RM200,000 menjelang 2015 di bandar-bandar utama negara bagi pasaran terbuka. Dah tak lama dah, sekurang-kurangnya 4 tahun daripada sekarang.
Nampak potensinya? Ada yang mengatakan baik beli rumah sekaran, nanti tahun 2015 boleh untung besar. Tetapi, tetapi….ada pendapat mengatakan nanti dulu. Sabar…….Tunggu sekitar tahun 2012 atau 2013 yang mana dijangka akan berlakunya property bubble. Apa pendapat anda? Kalau melihat pada unjuran yang diberikan bagi peningkatan harga flet kos rendah bukan sesuatu yang mustahil akan berlaku. Sebagai contoh :
Rumah flet seksyen 7 di Shah Alam, Selangor (Pemaju PKNS) sebagai contohnya :
  • Harga yang dibuka untuk dijual pada sekitar tahun 1999 sekitar RM40,000 hingga RM50,000 ( Ada 3 jenis rumah masa itu)
  • Harga flet yang dijual oleh ejen pada tahun 2006 telah mencecah RM65,000 ( Pada masa itu nilai rumah mengikut perkiraan bank sekitar RM59,000)
  • Pada tahun 2008, harga rumah flet tersebut boleh dijual sehingga RM85,000
  • Tahun 2010, harganya sudah mula melambung sekitar RM100,000. Senang-senang boleh jual pada harga tersebut.
Contoh lain pula, nilai hartanah di sekitar Kota Damansara yang melonjak tinggi yang mana dalam 2,3 tahun sahaja harga rumah boleh naik sekali ganda :

No comments:

Post a Comment