Monday, June 18, 2012

4877660414 1a6bff884c Harga Rumah di Malaysia. Munasabah!!
Mereka kata kebanyakan harga rumah masih munasabah bukan? Macam inilah, kerajaan kena tegas dalam soal ini. Kalau tak berkesan juga, adalah lebih baik kerajaan ambil terlebih dahulu projek rumah kos rendah. Biarkan sahaja JKR terlibat dalam bahagian rekabentuk. Berkenaan modal, kerajaan boleh menggunakan sahaja EPF. Setuju?
Soal tenaga kerja ambil sahaja dari penghuni penjara dan pusat serenti. Buat apa mereka buang masa dalam penjara dan pusat tahanan. Kita kerugian tenaga pekerja yang muda dan kuat. Lebih baik mereka jadi buruh paksa kerajaan. Bukan bermakna kita nak turunkan taraf mereka jadi hamba sebab elaun mereka jugak dibayar dan paling penting hasil kudrat mereka berjaya ditagih. Kemudian dah siap rumah. Jual harga rumah pada kadar yang munasabah dengan memberikan pinjaman melalui EPF tanpa faedah kepada pembeli. Rumah tersebut pula tidak boleh ditukarkan hak milik kecuali kepada anak-anak sahaja contohnya.
Jual rumah kos rendah hanya ditujukan kepada yang betul-betul layak. Ini tidak, realitinya ramai yang guna “pintu belakang” untuk mendapat rumah kos rendah. Ehem…….Jumlah pendatang asing di Malaysia sekarang ini dah cecah 1.92 juta orang. Sudah melebihi jumlah kaum india yang mana merupakan majoriti ke-3 terbesar di negara ini iaitu jumlahnya sekitar 1.8 juta orang. Itu belum ditambah dengan kehadiran Pendatang Tanpa Izin(PATI) lagi. Anda setuju membiarkan kerajaan menggunakan hasil cukai yang dibayar rakyat untuk diberikan secara percuma kepada penghuni penjara?
P/S : Memang sepatutnya kita menggunapakai tenaga mereka ini dikala kerajaan sekarang dilihat mula serius terhadap tahap kebergantungan kepada tenaga kerja asing dalam pelbagai sektor. (Jauh kami pergi kali ini). Sekadar cadangan……

No comments:

Post a Comment